BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 15, 2009

Montage Kempen Anti Dadah

Saturday, February 14, 2009

Tanda-Tanda Penagihan

Tanda-tanda penagihan dadah pada umunya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa,sikap,tabiat dan tingkahlaku.Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:

1) Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja,mutu kerja,disiplin dan hasilkerja;

2) Meradang tidak tentu sebab,selalu menguap dan tidak bermaya;

3) Mengelak diri daripada tanggungjawab;

4) Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri;

5) Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki;

6) Hilang selera makan,kurang berat badan,mata berkaca-kaca dan berair atau maya yang redup dan kuyu;

7) Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja;

8) berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah;


9) Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga;

10) Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah,sekolah,tempat kerja,saudara-mara atau kaum keluarga;

11) Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab,sperti stor,bilik kecil,tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah

Bagaimanapun,kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja.Ada baiknya kita menyiasat dahulu,bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujuknya kepada pakar-pakar perubatan, saudara-mara atau kaum keluarga

Akibat Penyalahgunaan Dadah

1. Akibat ke atas penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

2. Akibat ke atas keluarga penagih

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.

3. Akibat ke atas masyarakat

Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah

4. Akibat ke atas negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

  • kehilangan atau kerugian akibat dari pengurangan daya pengeluaran ekonomi;
  • kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah;
  • kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
  • kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya;
  • kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.

Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :

• untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;

• untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara;

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad kelapan belas.

Pencegahan Dadah


Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.




Jenis-Jenis Dadah

efedrina
inhalan
MDMA

halusinogen
kodeina
morfina
ibuprofen
asetaminofen
aspirin

Dadah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.




Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis: